Menyelusuri sejarah dan sosioekonomi Kampung Meru, Klang

Izam, NurFaez Pazeli and Zafwan, Isyraf Izzuddin Safuan and Yunus, Mohd Nizam and Md Jali, Jafalizan (2025) Menyelusuri sejarah dan sosioekonomi Kampung Meru, Klang. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 3 (1): 11. pp. 108-116. ISSN 29763967
Abstract

Satu temubual telah dijalankan bersama pengerusi JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) merangkap ketua Kampung Meru, Klang pada 9 Januari 2025 di pejabat JPKK Kampung Meru selama 1 jam 49 minit. Objektif kajian sejarah lisan ini adalah untuk mengetahui sejarah asal usul Kampung Meru, mengenal pasti aktiviti ekonomi di Kampung Meru dan mengenali amalan tradisional di Kampung Meru. Temubual ini dijalankan untuk mengetahui sejarah asal usul yang membawa kepada pembentukan Kampung Meru, apakah jenis-jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan di Kampung Meru dan apakah amalan tradisional yang masih diamalkan di Kampung Meru. Kampung Meru, terletak di daerah Klang, Selangor. Walaupun berdekatan dengan kawasan bandar yang pesat membangun, kawasan ini terkenal dengan struktur masyarakatnya yang unik yang masih mengekalkan aspek budaya, adat resam, dan kehidupan kampung. Isu sosioekonomi, perubahan fizikal, dan kesan urbanisasi terhadap komuniti Kampung Meru adalah fokus kajian ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 126509.pdf]
Text
126509.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics