Melakar tradisi menempa warisan: keris

Jaidin, Mohd Khairuddin and Ahmad Taufit, Ahmad Harris Iskandar and Md Jali, Jafalizan (2025) Melakar tradisi menempa warisan: keris. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 3 (1): 9. pp. 87-95. ISSN 29763967
Abstract

Keris merupakan warisan budaya ikonik dalam masyarakat Melayu yang melambangkan sejarah, nilai, dan identiti sosial. Artikel ini mendokumentasikan tradisi pembuatan keris dengan meneliti proses pembentukan senjata ini, termasuk pemilihan bahan, teknik tempa tradisional, dan ukiran simbolik yang melambangkan makna tersirat dalam budaya Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual dan analisis dokumen bagi memahami teknik pembuatan serta cabaran dalam memelihara seni ini, seperti kekurangan minat generasi muda dan kesukaran mendapatkan bahan mentah berkualiti. Hasil kajian menegaskan kepentingan seni pembuatan keris sebagai warisan budaya yang perlu dilestarikan agar nilai dan identiti Melayu terus terpelihara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 126507.pdf]
Text
126507.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics