Iftar jamaie bersama pelajar seliaan: sambutan bulan Rejab 1445H

Muhammad Ali, Khairul Ammar and Abu Bakar, Amalina Amirah (2025) Iftar jamaie bersama pelajar seliaan: sambutan bulan Rejab 1445H. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Pada 5 Disember 2024, satu majlis iftar jamaie (berbuka puasa bersama) telah diadakan bagi menyambut kedatangan bulan Rejab 1445H. Majlis ini, yang bertepatan dengan amalan berpuasa sunat hari Khamis, telah dianjurkan khas untuk pelajar-pelajar di bawah seliaan para pensyarah CEEC110, iaitu Ir. Khairul Ammar bin Muhammad Ali dan Puan Amalina Amirah binti Abu Bakar. Seramai lebih kurang 15 orang pelajar telah hadir memeriahkan majlis yang diadakan di Pusat Islam UiTM Pulau Pinang ini. Selain daripada menikmati juadah berbuka puasa, para pelajar turut berpeluang mendengar taujihat (nasihat agama) yang disampaikan oleh para pensyarah. Majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk menggalakkan amalan berpuasa sunat di kalangan pelajar, tetapi juga sebagai platform untuk mengeratkan silaturahim antara pensyarah dan pelajar. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan untuk memperkukuhkan lagi hubungan ukhuwah yang terjalin.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 126426.pdf]
Text
126426.pdf
Download (791kB)
Indexing & Metrics