Semangat graduan congenital cataract

Abdullah, Aidil Adha (2025) Semangat graduan congenital cataract. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.
Abstract

Bagi sesetengah orang, membaca nota kuliah hanyalah rutin biasa. Bagi Syahira Azureen Abdul Talib, setiap helaian ilmu menuntut pengorbanan, kesabaran, dan strategi tersendiri. Anak kelahiran yang dilahirkan dengan masalah penglihatan Congenital Cataract ini menempuh jalan panjang sebelum akhirnya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan di UiTM. “Sepatutnya saya sudah tamat belajar empat tahun lepas. Tetapi ketika di semester dua, saya dikurniakan seorang anak lelaki yang turut mengalami kecacatan penglihatan sama seperti saya. Disebabkan anak kerap dimasukkan ke hospital, saya terpaksa ambil cuti berulang kali,” ceritanya. Walaupun duduk di barisan paling hadapan, tulisan di papan putih tetap kabur. Namun, beliau bijak mencari jalan. “Saya akan berjumpa pensyarah sebelum kelas untuk dapatkan nota. Jadi bila kelas berlangsung, saya boleh faham melalui pendengaran kerana sudah baca awal,” katanya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 126215.pdf]
Text
126215.pdf
Download (36MB)
Indexing & Metrics