ACIS lahirkan graduan berkualiti, perluas kolaborasi antarabangsa

Abdullah, Aidil Adha (2025) ACIS lahirkan graduan berkualiti, perluas kolaborasi antarabangsa. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.
Abstract

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus melakar pencapaian membanggakan sempena Istiadat Konvokesyen ke-102 dengan melahirkan ratusan graduan daripada pelbagai peringkat pengajian termasuk PhD, sarjana, sarjana muda serta diploma. Menurut Dekan ACIS, Profesor Dr. S. Salahudin Suyurno, sambutan masyarakat terhadap program yang ditawarkan membuktikan penerimaan dan keyakinan tinggi terhadap kualiti akademi tersebut. “Alhamdulillah, kita kini ada program baharu seperti Diploma Pendidikan, selain Diploma Halal dan Diploma Muamalah. Pendaftaran pelajar semakin meningkat, menandakan penerimaan yang baik daripada masyarakat,” katanya. ACIS turut memperkukuh kedudukan akademiknya melalui kerjasama dengan pelbagai pihak dalam dan luar negara. Antara yang terlibat termasuk Al-Baghdadi Learning Center, Universiti Islam Negeri (UIN) Raden Fatah, Indonesia, serta institusi antarabangsa lain.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 126212.pdf]
Text
126212.pdf
Download (32MB)
Indexing & Metrics