Harmoni Bantu Baca 2.0

Abdul Hadi, Norha and Shafii, Nor Hayati (2023) Harmoni Bantu Baca 2.0. UiTM News Hub.
Abstract

Program Harmoni Bantu Baca 2.0 merupakan program kerjasama di antara Persatuan Belia Harmoni UiTM Perlis, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Multimedia & Matematik (KPPIM) UiTM Perlis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah bagi membantu murid sekolah yang keciciran dalam kemahiran membaca dan menulis. Program ini merupakan kesinambungan bagi Program Bantu Baca 1.0 yang telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Perlis pada tahun 2022. Program ini melibatkan 90 orang mahasiswa UiTM sebagai fasilitator dan 50 orang murid Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 126200.pdf]
Text
126200.pdf
Download (408kB)
Indexing & Metrics