UiTM Melaka pastikan graduan bersedia bersaingan pasaran kerja

Suhaini, Zaidatul Insyirah (2025) UiTM Melaka pastikan graduan bersedia bersaingan pasaran kerja. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.
Abstract

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka terus memperkukuh reputasinya di peringkat antarabangsa melalui rangkaian kerjasama strategik dengan universiti luar negara, di samping melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran pasaran dunia luar. Kolaborasi terbaharu bersama Universitas Muhammadiyah Malang, Indonesia dan Father Saturnino Urios University, Filipina membuka ruang pertukaran ilmu, pembangunan akademik sekali gus mengukuhkan jaringan global. Usaha ini bagi memastikan pelajar mendapat pengalaman dari industri antarabangsa seiring dengan dunia pasaran masa kini. Inisiatif tersebut turut seiring dengan penekanan universiti terhadap peningkatan kemahiran praktikal pelajar. Penyertaan program seperti Global Issue Paper Presentation misalnya menjadi tempat buat para oleh : Zaidatul Insyirah Suhaini pelajar melatih diri menguasai bidang perancangan strategik, pemasaran antarabangsa serta keselamatan siber dalam perniagaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 126165.pdf]
Text
126165.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics