Lawatan SMA (Arab) Annajah Ke UiTM Cawangan Perlis semai minat sambung belajar

Kamaruddin, Sharir Aizat (2024) Lawatan SMA (Arab) Annajah Ke UiTM Cawangan Perlis semai minat sambung belajar. UiTM News Hub.
Abstract

Arau, 17 Oktober 2024 – Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis (UiTM Cawangan Perlis) telah menerima rombongan daripada Sekolah Menengah Agama (Arab) Annajah, Baling, Kedah Darul Aman pada 17 Oktober 2024 (Khamis). Ahli rombongan yang terdiri daripada 77 orang pelajar dan 8 orang guru selamat tiba di Bangunan Pentadbiran, UiTM Cawangan Perlisdan disambut oleh YBrs Penyelaras Pengurusan Acara dan Protokol merangkap pensyarah Fakulti Sains Gunaan, Gs. Sharir Aizat Kamaruddin dan Pegawai Eksekutif (Pejabat Rektor), Encik Mohd Zaini Zainal. Tujuan kedatangan ahli rombongan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang suasana pembelajaran di universiti dan program-program yang ditawarkan kepada para pelajar lepasan sekolah menengah untuk menyambung pengajian di peringkat universiti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125905.pdf]
Text
125905.pdf
Download (304kB)
Indexing & Metrics