Bangkitlah wahai remaja Melayu / Leylawati Joremi

Joremi, Leylawati (2013) Bangkitlah wahai remaja Melayu / Leylawati Joremi. Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. pp. 87-92. ISSN 2289-5744
Abstract

Remaja dan belia merupakan aset penting negara. Mereka adalah generasi pemimpin di masa
hadapan yang diharap dapat meneruskan kesinambungan kegemilangan negara. Namun remaja
Melayu ramai yang leka dan lalai hingga terjerumus ke kancah kurang sihat. Setelah lebih
separuh abad meniti usia kemerdekaan, ternyata masyarakat Melayu masih gagal menguasai
ekonomi tanah air sendiri. Oleh itu kesedaran di kalangan individu penting tidak mengira
peringkat usia dalam lapisan masyarakat kerana keghairahan menyalahkan pihak lain hanyalah
sekadar alasan untuk melepaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Tanggungjawab membina
jati diri individu dan remaja khususnya memang bermula dari didikan ibu bapa yang meliputi
aspek agama dan kehidupan, kemudian pendidik pula menggalas tugas mengajar erti teori dan
hakikat. Akhirnya pemimpin negara yang bertanggungjawab menggaris polisi dan dasar yang
boleh meningkatkan prestasi diri dan produktiviti. Namun segala usaha ini akan sia-sia jika
remaja itu sendiri tiada kesedaran untuk memperbaiki diri sendiri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of AJ_LEYLAWATI JOREMI IMP 13.pdf]
Text
AJ_LEYLAWATI JOREMI IMP 13.pdf
Download (804kB)
Indexing & Metrics