Bahasa Melayu benteng Islam dan Melayu / Azman Che Mat

Che Mat, Azman (2013) Bahasa Melayu benteng Islam dan Melayu / Azman Che Mat. Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. pp. 78-82. ISSN 2289-5744

Abstract

Dalam satu jenaka pernah disebut mengenai bangsa Melayu. Sekarang orang Melayu tidak
mempunyai apa-apa kecuali “baju Melayu dan bahasa Melayu”. Walaupun ujaran ini merupakan satu
gurauan, tapi implikasinya amatlah besar, sekiranya benar bahawa itu sahaja yang masih ada pada
bangsa Melayu. Mazlan Nordin (2011) selaku karyawan tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia
menulis:
“Semenanjung Melayu adalah satu-satunya daerah di bumi Ilahi ini yang mengambil
nama “Melayu”. Ini tanah asal bahasa dan kebudayaan Melayu yang intim di samping
“Tanah Melayu” yang lain, iaitu pantai timur dan selatan Sumatera”.
Nukilan di atas jelas memberi gambaran bahawa bangsa Melayu adalah penduduk yang mendiami
kawasan tanah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu dan memakai adat resam Melayu dalam
kehidupan sehariannya. Hari ini, tiada lagi nama “Tanah Melayu” atau “Semenanjung Melayu”, yang
ada ialah Malaysia, Indonesia, Patani dan Brunei. Maka secara tersuratnya, tiada lagi nama Melayu
digunakan pada tanah air pada hari ini, namun entiti bangsa Melayu masih lagi terpakai walaupun
warga negaranya adalah Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_AZMAN CHE MAT IMP 13.pdf] Text
AJ_AZMAN CHE MAT IMP 13.pdf

Download (788kB)

ID Number

12585

Indexing

Statistic

Statistic details