Persepsi terhadap kredibiliti maklumat politik di internet dalam kalangan generasi muda / Mohd Sazili Shahibi ... [et al.]

Shahibi, Mohd Sazili and Hussin, Nurhayati and Mohd Noor, Hamka and Mohd Hanafiah, Muhammad Saufi (2013) Persepsi terhadap kredibiliti maklumat politik di internet dalam kalangan generasi muda / Mohd Sazili Shahibi ... [et al.]. Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. pp. 29-35. ISSN 2289-5744

Abstract

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) tahun 2004 adalah satu kejutan besar kepada
ramai orang, terutama kepada parti pemerintah utama, Barisan Nasional (BN). Teknologi
Internet pertamad kali digunakan secara meluas oleh parti-parti politik untuk menyampaikan
maklumat kepada pengundi dengan tujuan melakukan serangan politik di antara satu sama lain
untuk mendapatkan sokongan. Pengaruh maklumat politik di Internet melalui blog dan aplikasi
lain di internet menjadi antara faktor-faktor yang telah mempengaruhi persepsi pengundi
terutamanya pengundi golongan generasi muda. Kajian ini tertumpu kepada persepsi mengenai
kredibiliti maklumat politik dari internet di kalangan generasi muda melayu (pelajar UiTM).
Kajian ini menggunakan data primer yang diperolehi dengan cara mengedarkan borang soal
selidik menggunakan teknik persampelan mudah. Sampel seramai 509 orang pelajar terlibat
dalam kajian ini. Ujian khi-square kebebasan telah digunakan untuk mengkaji hubungan antara
pelajar-pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat politik dan persepsi pelajar
terhadap kebolehpercayaan, keadilan, ketepatan, kepentingan dan kedalaman maklumat politik
di internet. Analis Regresi linear berganda telah digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap kredibiliti maklumat politik di internet. Kajian
ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat
politik tetapi bergantung kepada thap kebolehpercayaan, keadilan dan ketepatan maklumat
politik di internet. Penyebaran dan sumber maklumat politik secara signifikan mempengaruhi
persepsi pelajar terhadap kredibiliti maklumat politik dari Internet.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shahibi, Mohd Sazili
UNSPECIFIED
Hussin, Nurhayati
UNSPECIFIED
Mohd Noor, Hamka
UNSPECIFIED
Mohd Hanafiah, Muhammad Saufi
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Telecommunication
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Telecommunication > World Wide Web. Web portals. Web site development
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Information in specific formats or media > Electronic information resources
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Journal or Publication Title: Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu
ISSN: 2289-5744
Page Range: pp. 29-35
Keywords: Maklumat, Internet, Politik
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12581
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_MOHD SAZILI SHAHIBI IMP 13.pdf] Text
AJ_MOHD SAZILI SHAHIBI IMP 13.pdf

Download (849kB)

ID Number

12581

Indexing

Statistic

Statistic details