Melestarikan sejarah seni warisan budaya Tarian Piring Selangor

Addawiah, Rabiatul and Borhan, Nur Anis Nabila and Idrus, Marlia and Md Jali, Jafalizan (2024) Melestarikan sejarah seni warisan budaya Tarian Piring Selangor. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 2 (3): 9. pp. 82-92. ISSN 29763967
Abstract

Kajian ini membincangkan Tarian Piring Selangor sebagai salah satu warisan budaya yang penting di negeri Selangor. Tarian ini bukan sahaja mewakili keunikan seni persembahan tradisional, tetapi juga menjadi simbol identiti budaya bagi masyarakat setempat. Melalui metodologi sejarah lisan dan temu bual dengan tokoh-tokoh yang berperanan dalam pemeliharaan tarian ini, kajian ini mendalami sejarah, perkembangan, dan makna budaya di sebalik tarian piring. Dapatan kajian menunjukkan bahawa usaha pemuliharaan yang berterusan adalah penting untuk memastikan tarian ini diwarisi oleh generasi akan datang. Penelitian ini juga membincangkan tentang cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan tarian piring di alaf baru ini, serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempromosikan dan memelihara seni warisan ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125793.pdf]
Text
125793.pdf
Download (362kB)
Indexing & Metrics