Menerokai sejarah penubuhan Surau Cahaya SPK

Mohd Saad, Siti Nurlita and Muhammad Azri, Nur Farzana Qistina and Nik Ariffin, Nik Azliza and Md Jali, Jafalizan (2024) Menerokai sejarah penubuhan Surau Cahaya SPK. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 2 (3): 5. pp. 41-52. ISSN 29763967
Abstract

Transkrip ini mengandungi temubual bersama Dato’ Haji Zon Bin Abdul Hamid dan Saiful Maznil Bin Othman mengenai pengalaman mereka sebagai ahli jawatankuasa surau yang mengetahui berkaitan surau sejak di awal penubuhan Surau Cahaya SPK. Temubual ini dijalankan di Surau Cahaya SPK, Shah Alam, Selangor pada hari Khamis, 20 Jun 2024 dan Ahad, 23 Jun 2024, kedua-duanya bermula pada 3:30 petang. Beliau berdua merupakan ahli jawatankuasa yang aktif sejak 2014 dan bekerjasama bersama pihak surau yang lain dalam menambahbaik keadaan surau dan mengaktifkan penglibatan surau. Kandungan transkrip ini merangkumi latar belakang dan sejarah penubuhan Surau Cahaya SPK dan bagaimana pihak surau mampu menambahbaik keadaan surau hingga kini mampu menjadi surau sebagai tempat aktif ibadah dan program-program lain. Selain itu, di dalam transkrip ini juga membincangkan faktor-faktor penubuhan Surau Cahaya SPK dan mengapa surau ini dibina di tempat tersebut. Seterusnya, di dalam transkrip ini juga menceritakan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak surau dalam misi membangun dan menambahbaik Surau Cahaya SPK supaya menjadi tempat yang aktif untuk penduduk berkunjung dan melakukan ibadah serta menghadiri program-program yang dijalankan oleh pihak surau.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125789.pdf]
Text
125789.pdf
Download (230kB)
Indexing & Metrics