Meneroka jejak asal Kampung Budiman

Damius, Ericca and Mening Laut, Valentina and Yunus, Mohd. Nizam and Md Jali, Jafalizan (2024) Meneroka jejak asal Kampung Budiman. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 2 (2): 7. pp. 60-69. ISSN 29763967
Abstract

Kampung Budiman merupakan salah satu kampung yang terdapat di Selangor, Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik sejarah Kampung Budiman di Klang, Selangor melalui pendekatan sejarah lisan. Melalui proses temubual dengan tokoh utama seperti Ketua Keselamatan MPKK Kampung Budiman dan Ketua Kampung, kajian ini menggali aspek-aspek sejarah, ekonomi, dan tradisi kampung tersebut. Dengan menggunakan kaedah temubual berstruktur, kajian ini merekodkan pengalaman dan memori tokoh-tokoh kunci sebagai sumber primer. Selain itu, dokumen-dokumen yang relevan juga dianalisis untuk memperkaya pemahaman tentang asal usul kampung dan aktiviti tradisional yang membentuk identiti kampung tersebut. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan dalam memahami, memelihara, dan menyebarkan warisan budaya serta sejarah Kampung Budiman, sambil memberi panduan untuk kajian serupa di kawasan lain.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125609.pdf]
Text
125609.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics