Pelancaran buku ikat limar dan pameran seni tekstil

UiTM, Korporat UiTM (2016) Pelancaran buku ikat limar dan pameran seni tekstil. Bulletin. Corporate Communications Department, Shah Alam.
Abstract

Ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah bercemar duli berangkat ke UiTM Shah Alam bagi menyempurnakan Pelancaran Buku Ikat Limar dan Pameran Seni Tekstil. Majlis tersebut telah berlangsung pada 20 Oktober 2016 bertempat di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ). Buku Ikat Limar - The Ancient Malay Textile merupakan hasil kajian, pendokumentasian dan garapan oleh Profesor Madya Dr. Norwani Md Nawawi, pensyarah kanan tekstil dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Buku ini adalah mengenai kesenian kain tenun limar, kain warisan Melayu terdahulu yang kian hilang dan dilupai oleh masyarakat Melayu masa kini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125505.pdf]
Text
125505.pdf
Download (405kB)
Indexing & Metrics