Tenunan songket warisan negara: sumbangan dan pengalaman Tokoh Songket Terengganu

Mokhtar, Siti Aishah and Alias, Noor Rahmawati and Mustapa, Nurin Syazwani and Taliyang, Siti Nor Aisyah (2024) Tenunan songket warisan negara: sumbangan dan pengalaman Tokoh Songket Terengganu. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 2 (1): 4. pp. 30-40. ISSN 29763967
Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka hasil tenunan songket sebagai salah satu warisan dan simbol tarikan di Malaysia. Kajian ini dilihat dari aspek peralatan, budaya, motif, penggunaannya dan tarikan tenunan songket di Malaysia. Pendekatan kuantitatif telah digunakan di dalam kajian ini di mana teknik pengumpulan data dilakukan secara temu bual bersama tokoh songket negara dari negeri Terengganu, Adiguru Wan Manang Bin Wan Awang bagi mendapat keterangan yang lebih terperinci perihal songket sebagai simbol warisan negara. Kajian ini mendedahkan keistimewaan songket Terengganu serta proses penghasilannya di kalangan pengusaha songket warisan Terengganu. Faktor perubahan di dalam industri tenunan songket di era globalisasi ini meliputi kaedah pembuatan moden, motif dan keaslian fabrik songket, permintaan, dan trend pemakaian pada fesyen moden mengikut cita rasa pengguna. Kajian ini juga mendapati cabaran berkaitan pengekalan songket tradisional memerlukan semua pihak untuk memainkan peranan agar industri songket dapat dimartabatkan sebagai warisan dan budaya negara Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125415.pdf]
Text
125415.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics