Majlis memperkenalkan pemain dan jersi pasukan UiTM FC 2016

UiTM, Korporat UiTM (2016) Majlis memperkenalkan pemain dan jersi pasukan UiTM FC 2016. Bulletin. Corporate Communications Department, Shah Alam.
Abstract

2 Februari 2016, bertempat di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam telah berlangsung Majlis memperkenalkan pemain dan Jersi Pasukan UiTM FC 2016. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Prof Emeritus Dato' Dr. Hassan Said, Naib Canselor UiTM yang juga merangkap Penasihat UiTM FC. Pasukan UiTM FC mengekalkan sembilan muka lama dan diperkuatkan dengan empat pemain import bagi menghadapisaingan Liga Perdana Musim 2016. Barisan UiTM FC musim ini, diperkuatkan dengan kehadiran penjaga gol kebangsaan Krygyzstan, Pavel Matiash serta tiga lagi pemain import iaitu Kang Jin Ouk dari Korea Selatan, Eliel Cruz dari Brazil dan Pavel Purishkin dari Uzbekistan. UiTM FC juga telah melantik Raja Isa Raja Akram Shah sebagai jurulatih baharu UiTM FC yang berpengalaman membimbing pasukan Liga Super Indonesia seperti PSM Makassar dan Persipura Jayapura. Syabas dan tahniah kepada Pasukan UiTM FC, semoga terus cemerlang dan beroleh kejayaan pada tahun ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125265.pdf]
Text
125265.pdf
Download (359kB)
Indexing & Metrics