Unsur budaya dalam karya ‘Perhubungan’ 1964 oleh Syed Ahmad Jamal

Desa, Noor Enfendi and Muhamad, Noor A’yunni and Mohd Aripin, Nur Adibah Nadiah and Arshad, Mohd Fawazie (2025) Unsur budaya dalam karya ‘Perhubungan’ 1964 oleh Syed Ahmad Jamal. Idealogy Journal, 10 (2). pp. 41-48. ISSN 2550-214X
Identification Number (DOI): 10.24191/idealogy.v10i2.763
Abstract

Seni moden Malaysia berkembang pesat dengan pengaruh budaya tempatan dan antarabangsa, mencerminkan identiti serta perpaduan masyarakat berbilang kaum. Salah seorang seniman penting dalam perkembangan seni moden negara ialah Syed Ahmad Jamal, yang terkenal dengan karya-karya abstrak ekspresionisme (Sidik, 2013, 2020). Artikel ini membincangkan arca Perhubungan (1964), salah satu karya awal beliau dalam medium arca yang menampilkan konsep interaksi sosial dan hubungan manusia dalam perspektif budaya Malaysia. Arca ini bukan sekadar eksplorasi bentuk dan ruang tetapi juga membawa makna mendalam mengenai nilai perpaduan dan identiti kebangsaan. Unsur budaya dalam karya ini dapat dilihat melalui penggunaan bentuk abstrak yang bersilang dan bertaut, melambangkan interaksi sosial dalam masyarakat (Abidinhazir & Md Zain, 2014). Selain itu, arca ini turut dipengaruhi oleh elemen seni Islam dan budaya Melayu, yang mengutamakan keseimbangan serta kesinambungan dalam seni visual (Musa & Ramli, 2014). Melalui pendekatan seni moden yang berakar pada nilai budaya Nusantara dan falsafah Islam, Syed Ahmad Jamal berjaya menggambarkan hubungan antara individu dan masyarakat. Perhubungan menjadi manifestasi visual terhadap aspirasi nasional dan semangat perpaduan dalam era pascakemerdekaan Malaysia. Karya ini bukan sahaja mencerminkan perkembangan seni arca moden di Malaysia tetapi juga berfungsi sebagai simbol nilai-nilai sosial yang masih relevan dalam konteks masa kini (Ismail & Jusilin, 2020; Sabri et al., 2019)

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125221.pdf]
Text
125221.pdf
Download (471kB)
Indexing & Metrics