Pendekatan Hermeneutik dalam mentafsir pengalaman: aplikasi Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) dalam kaedah temubual

Ahmad Tarmizi, Mohd Shahrul Hisham and Abu Hassan, Sharmiza and Ramli, Ishak and Badaruddin, Mohammed Iqbal and Samsudin, Badaruddin (2025) Pendekatan Hermeneutik dalam mentafsir pengalaman: aplikasi Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) dalam kaedah temubual. Idealogy Journal, 10 (2). pp. 63-72. ISSN 2550-214X
Identification Number (DOI): 10.24191/idealogy.v10i2.795
Abstract

Penyelidikan ini menggunakan pendekatan hermeneutik sebagai kaedah tafsiran utama dalam Analisis Fenomenologi Interpretatif (Interpretative Phenomenological analysis- IPA), dengan memfokuskan kepada pengalaman (lived experience) lima orang peserta yang terlibat dalam amalan seni kontemporari di Malaysia dan Indonesia. Berasaskan hermeneutik fenomenalogi dari Martin Heidegger dan konsep lingkaran hermeneutik, penyelidikan ini menekankan proses reflektif antara bahagian (part) dan keseluruhan (whole), dalam memahami pengalaman peserta. Data yang diperoleh melalui temu bual separa berstruktur, disokong oleh pemerhatian peserta terhadap karya seni yang dipamerkan sebagai subjek kajian. Lima orang peserta iaitu empat lelaki dan seorang wanita telah dipilih berdasarkan penglibatan aktif dan pengalaman luas dalam bidang seni kontemporari. Kajian ini mengemukakan dapatan dari transkrip temu bual, yang dianalisa menggunakan pendekatan IPA. Dapatan kajian kemudiannya disokong dengan nota penerokaan (exploratory notes), dengan menggunakan perisian NVivo. Pernyataan pengalaman peserta disusun menjadi Tema Pengalaman Peribadi (personal Experiential Themes- PETS), yang kemudiannya dikelompokkan dalam Tema Pengalaman Berkumpulan (Group Experiential Themes- GETS), membolehkan pengkaji mengenal pasti pola emosi dan pemikiran yang ditafsir dengan pengalaman peserta dan pengkaji secara interpretatif. Tema-tema ini ditafsirkan secara hermeneutik, di mana pengkaji terlibat secara langsung dalam proses fenomenologikal tersebut. Selain itu juga, kajian ini menonjolkan sifat dua hala dalam hermeneutik IPA, iaitu kedua-dua peserta dan pengkaji sama-sama terlibat dalam membentuk makna dalam dapatan analisa. Keseluruhannya, kaedah temu bual terbukti berkesan dalam menjana naratif yang kaya dan mendalam, mengukuhkan nilai IPA dalam penyelidikan kualitatif.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125066.pdf]
Text
125066.pdf
Download (537kB)
Indexing & Metrics