Penyiasatan terhadap penggunaan bahan kitar semula dalam penghasilan karya oleh pelukis Malaysia

Badruzzaman, Arif Asyraf and Abu Bakar, Syed Alwi and Zakaria, Muhammad Salehuddin (2025) Penyiasatan terhadap penggunaan bahan kitar semula dalam penghasilan karya oleh pelukis Malaysia. Idealogy Journal, 10 (2). pp. 427-434. ISSN 2550-214X
Identification Number (DOI): 10.24191/idealogy.v10i2.849
Abstract

Pelukis Malaysia pada masa kini sering menggunakan bahan kitar semula dalam penghasilan karya seni visual. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat akan kepentingan menjaga alam sekitar. Kajian ini dijalankan untuk menyiasat pengkarya - pengkarya yang menggunakan bahan kitar semula dalam penghasilan karya. Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengenalpasti bahan yang digunakan serta mengetahui fungsi bahan tersebut di dalam karya. Kaedah yang digunakan dalam penyiasatan karya ini adalah melalui kaedah pemerhatian, temubual, jurnal, buku, artikel dan sebagainya. Hasil dapatan daripada kajian ini mendapati, pengkaji telah menggunakan teori kritikan seni daripada Edmund Burke Feldman (1994) dalam penghuraian karya. Terdapat tiga karya yang terpilih dalam penyiasatan ini melalui tiga orang pengkarya di Malaysia. Kajian seperti ini wajar dilakukan bagi tujuan pendokumentasian untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Oleh hal sedemikian, pengkarya telah menggunakan inisiatif ini sebagai medan dalam menghasilkan karya yang terdiri daripada bahan kitar semula. Diharapkan penghasilan karya seperti ini dapat diteruskan lagi oleh generasi akan datang bagi melestarikan bumi hijau.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125061.pdf]
Text
125061.pdf
Download (743kB)
Indexing & Metrics