Majlis Pelancaran Program Amal@BPD

UiTM, Korporat UiTM (2016) Majlis Pelancaran Program Amal@BPD. Bulletin. Corporate Communications Department, Shah Alam.
Abstract

Pada 3 Jun 2016, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran sempena Program Amal@BPD bertempat di Dewan Seri Budiman. Program julung kali diadakan ini merupakan anjuran Pejabat Pendaftar. Bersempena bulan Ramadhan yang bakal membuka tirai pada 6 Jun 2016, inisiatif dan projek amal ini dilaksanakan dengan hasrat untuk mengumpul sumbangan ikhlas daripada warga UiTM dan orang persendirian bagi menyediakan kemudahan sejadah dan telekong. Sejadah dan telekong ini untuk diwakafkan di surau-surau di dalam kampus UiTM Shah Alam serta UiTM Kampus Cawangan. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan Said, Naib Canselor. Program ini turut dihadiri oleh Pengurusan Eksekutif Universiti dan wakił-wakil jabatan UiTM. Semoga program amal seumpama ini berterusan untuk masa-masa akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125057.pdf]
Text
125057.pdf
Download (362kB)
Indexing & Metrics