Majlis ramah mesra Naib Canselor bersama warga

UiTM, Korporat UiTM (2016) Majlis ramah mesra Naib Canselor bersama warga. Bulletin. Corporate Communications Department, Shah Alam.
Abstract

Pada 1 Februari 2016 yang lalu, UiTM sangat berbesar hati menerima pelantikan YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan bin Said sebagai Naib Canselor UiTM yang ke-9. Sebagai tanda penghargaan, Majlis ramah mesra bersama Naib Canselor telah diadakan bertujuan untuk memperkenalkan beliau kepada warga UiTM di setiap fakulti dan kampus negeri dengan bertemu dan bersua secara lebih dekat lagi. Naib Canselor sendiri meletakkan sasaran sepanjang 2016 ini bahawa beliau akan turun padang dengan melawat keseluruhan 26 fakulti dan 13 kampus negeri yang berada dalam seluruh sistem UITM. Majlis ini merupakan satu permulaan bagi beliau untuk lebih bersemangat meneruskan legasi UiTM bagi menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor di negara dan juga di persada antarabangsa, khususnya kepada kemajuan anak-anak bumiputera.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125036.pdf]
Text
125036.pdf
Download (373kB)
Indexing & Metrics