Menyemai minat menuai kejayaan: perjalanan seorang pendidik

Wan Mohammad, Wan Anisha (2025) Menyemai minat menuai kejayaan: perjalanan seorang pendidik. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera... Tahun 2024 menyimpan pelbagai kenangan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Ketika diuji oleh Allah dengan masalah kesihatan, Dia menggantikan ujian itu dengan anugerah yang terindah. Alhamdulillah, segala puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah SWT atas limpah kurnianya, kerana saya telah dianugerahkan Anugerah Pengajaran dan Anugerah e-Pembelajaran dalam Anugerah Akademik Universiti UiTM 2023 dan 2021. Bagi saya, setiap anugerah yang diterima adalah hasil daripada tugas dan tanggungjawab yang saya laksanakan sepanjang berkhidmat di UiTM. Selain penyelidikan, pengajaran adalah elemen utama dalam meraih kejayaan ini. Minat yang mendalam dalam bidang pengajaran mendorong saya untuk memberikan sepenuh komitmen dalam kerjaya. Namun, kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan daripada semua pihak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada keluarga, sahabat, rakan sekerja, dan pelajar-pelajar yang banyak membantu dalam pelbagai aspek. Kepada rakan-rakan semua, teruskan berusaha dengan tekun dan sentiasa yakin pada diri sendiri. InsyaAllah, kejayaan akan menjadi milik kita. Semoga kita semua mendapat keberkatan di dunia dan kerahmatan di akhirat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124894.pdf]
Text
124894.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics