E-dompet di Malaysia: satu tinjauan

Zainal, Nor Fadzilah and Harun, Nor Hidayah (2021) E-dompet di Malaysia: satu tinjauan. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Kini, dunia semakin dipengaruhi teknologi digital terutamanya kesan daripada perkembangan Teknologi Kewangan (FinTech). Perkembangan ini bukan hanya mempengaruhi aspek teknologi pengkomputeran dan komunikasi, tetapi turut merangkumi semua aspek kehidupan termasuk kejuruteraan, perubatan, sosial, ekonomi, kewangan bahkan politik. Antara teknologi FinTech yang mudah dikenalpasti dan dilihat adalah e-dompet (e-wallet). E-dompet merupakan satu keadaan ekonomi di mana urus niaga kewangan tidak dijalankan dalam bentuk wang fizikal, melainkan melalui pemindahan maklumat digital antara pihak yang berurus niaga (Azlizah & Syuhani 2019). Teknologi e-dompet ini dilihat sebagai satu bentuk evolusi mata wang bagi proses pertukaran dan perniagaan yang mana teknologi tersebut mengubah cara pengguna melakukan pembayaran untuk produk dan perkhidmatan sama ada secara dalam atau luar talian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124617.pdf]
Text
124617.pdf
Download (726kB)
Indexing & Metrics