Majlis penghargaan jawatankuasa surau-surau UiTM & majlis korban dan akikah

UiTM, Bahagian Hal Ehwal Islam (2025) Majlis penghargaan jawatankuasa surau-surau UiTM & majlis korban dan akikah. Bulletin. Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa, Shah Alam.
Abstract

Pada 9 Julai 2025, Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) UiTM Shah Alam telah menganjurkan Majlis Penghargaan bagi meraikan dan menghargai sumbangan para ahli Jawatankuasa Surau-Surau UiTM serta Jawatankuasa Majlis Korban dan Akikah UiTM atas komitmen cemerlang mereka dalam menggerakkan program-program keagamaan di universiti. Majlis ini bertujuan mengiktiraf usaha murni yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua jawatankuasa sepanjang tahun, khususnya dalam menyemarakkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti keislaman dan kebajikan seperti solat berjemaah, ceramah agama, serta pengurusan ibadah korban dan akikah. Program yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan ukhuwah ini turut menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada para penerima sebagai simbol apresiasi terhadap khidmat bakti mereka kepada komuniti kampus.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124553.pdf]
Text
124553.pdf
Download (551kB)
Indexing & Metrics