Mendepani cabaran PdPR musim PKP 3.0

Wan Musa, Wan Mardiana and Abdul Manaf, Suhaily Maizan and Mohd Said, Nur Shafini and Adenan, Nur Dalila and Omar Ali, Siti Rapidah (2021) Mendepani cabaran PdPR musim PKP 3.0. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Anak sudah tepu! Itu yang saya nampak. Saya tidak mahu pergi jauh-jauh untuk melihat anak orang lain, saya cuma melihat anak sendiri yang berada di depan mata saya. Setiap kali dipanggil untuk hadir ke kelas PdPR, anak-anak menunjukkan muka bosan. Acapkali anak saya membentak dan memberontak. Banyak kali juga mereka tidak mahu buat kerja sekolah disebabkan merasa letih dan hilang minat. Dulu-dulu, rasanya kita ibu bapa ni sahaja merasa letih otak, sekarang kita boleh nampak perkara ini turut memberi kesan kepada anak-anak yang sudah letih otak! Sudahlah berkurung sahaja, sudah lama tidak masuk kedai, sudah lama tidak bercuti, malah untuk balik ke kampung berjumpa sepupu sepapat yang sebaya pun tidak boleh. Syukurlah fasa PKPD sudah tamat. Bolehlah bawa mereka jumpa ahli keluarga yang lain. Itupun kalau kes tidak tinggi dan keadaan tidak membimbangkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124509.pdf]
Text
124509.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics