Pelbagai pilihan kerjaya dalam perakaunan

Zainal Ariffin, Muhaniza and Wan Fauzi, Wan Noor Asmuni (2025) Pelbagai pilihan kerjaya dalam perakaunan. Accounting Inkwell Quarterly, 2 (1): 8. pp. 28-29. ISSN 3030-5098
Abstract

Bidang perakaunan menawarkan pelbagai peluang kerjaya yang menarik dan mencabar. Dengan kemajuan teknologi dan perubahan dalam landskap perniagaan, skop kerjaya perakaunan telah berkembang melangkaui tugas tradisional seperti menyediakan laporan kewangan dan pengauditan. Hari ini, profesional perakaunan mempunyai akses kepada pelbagai peranan yang memberikan cabaran baharu dan dinamik. Akauntan Awam Akauntan awam ialah profesional perakaunan yang bekerja di firma perakaunan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai jenis organisasi dan individu. Beberapa firma perakaunan terkemuka ialah PwC Malaysia, EY Malaysia, Deloitte Malaysia, KPMG Malaysia, BDO Malaysia dan Grant Thornton Malaysia. Perkhidmatan utama akauntan awam ialah pengauditan, perancangan cukai, menyediakan laporan kewangan, menjalankan penilaian risiko dan memastikan syarikat mematuhi peraturan perakaunan antarabangsa seperti IFRS. Tugas mereka memberi tumpuan kepada memeriksa dan memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan laporan kewangan yang disediakan oleh syarikat atau organisasi. Akauntan awam yang bekerja di firma besar juga akan didedahkan kepada pelbagai cabaran dan peluang untuk berkembang dalam kerjaya mereka. Mereka bukan sahaja mengendalikan tugas yang berulang tetapi juga diberi peluang untuk terlibat dalam projek strategik dan bekerja dengan pelanggan besar dan terkenal di seluruh dunia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124427.pdf]
Text
124427.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics