Seni berorganisasi (bahagian 1)

Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati and Mohamad @ Naba, Mohaini and Wan Chek, Wan Ahmad Khusairi (2021) Seni berorganisasi (bahagian 1). Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Organisasi adalah satu unit yang terdiri daripada dua (2) orang atau lebih ahli yang melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan secara bersama dalam mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Proses utama yang ada di dalam suatu organisasi adalah mentadbir dan mengkoordinasi segala sumber yang ada secara efektif dan efisien. Memandangkan di dalam sesebuah organisasi itu terdiri daripada ramai ahli, maka pasti wujud kepelbagaian dari pelbagai aspek. Hal ini perlulah dikoordinasi dengan baik agar segala kerja yang diusahakan berada di landasan yang sama dan seterusnya matlamat dan objektif awal yang telah dirangka dapat dicapai. Adalah amat penting untuk organisasi itu mengenal pasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli yang ada agar setiap daripada mereka jelas tentang perkara ini. Selain mempunyai peranan dan tanggugjawab masing- masing, adalah penting setiap ahli memahami reporting line yang betul iaitu kepada siapa setiap ahli dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini dan melapor hasil tugasan mereka secara berkala.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124230.pdf]
Text
124230.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics