Asnaf fakir miskin di negara Brunei Darussalam: kajian had kifayah dan faktor memohon zakat

Pehin, Nurol Huda and Mohiddin, Mas Nooraini and Ramlee, Nurzakiah (2021) Asnaf fakir miskin di negara Brunei Darussalam: kajian had kifayah dan faktor memohon zakat. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 7 (Issue2): 8. pp. 117-131. ISSN 0128-0902
Abstract

Fakir miskin merupakan golongan permulaan yang disebut dalam ayat al- Quran surah al-Taubah bagi menerima zakat. İni menunjukkan kesusahan mereka berbeza dan perlu diambil perhatian. Namun, bagaimana golongan ini boleh dikenali bagi pembahagian zakat. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti ciri-ciri fakir miskin, mengenalpasti kaedah penentuan had kifayah sebagai penanda aras keperluan semasa seseorang berserta tanggungannya dan mengkaji faktor golongan ini memohon zakat. Kajian kualititatif ini jenis kajian kepustakaan dan mengguna pakai kaedah analisa dokumen dan temubual. Data-data yang diperoleh dari kitab, artikel, kertas kerja, laman sesawang dan lain-lain akan dianalisis. Dari sorotan terhadap data-data yang diperolehi, dirumus bahawa had kifayah berbeza antara seseorang dengan orang lain. Manakala golongan fakir miskin memerlukan bantuan zakat sama ada untuk menampung keperluan semasa atau pun sebagai modal untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pertanian atau selainnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124217.pdf]
Text
124217.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics