Sembelit Darah rawat diabetes

UiTM, Korporat UiTM (2016) Sembelit Darah rawat diabetes. Bulletin. Corporate Communications Department, Shah Alam.
Abstract

Khabar gembira buat penghidap diabetes mellitus jenis 2 (T2D) apabila kumpulan ekspedisi saintifik di Hutan Royal Belum berjaya menemui flora hutan menunjukkan hasil positif terhadap ujian anti diabetik. Berdaun seperti paku pakis dan hidup melata pada tumbuhan lain, pokok Sembelit Darah atau nama saintifiknya, Rourea mimosoides dari keluarga Connaraceae menjadi rahsia temurun Orang Asli dalam mengubati penyakit kencing manis. Kumpulan saintis dari Institut Penyelidikan. Produk Semula Jadi Atta ur-Rahman (AuRins), Universiti Teknologi Mara (UiTM) diketuai Prof Dr Mohd Ilham Adenan yang menyertai ekspedisi saintifik pada September 2015 berjaya menemukan alternatif ubatan organik berkenaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124215.pdf]
Text
124215.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics