Program family day D’BES dan D’BANKERS

Neging, Pressca (2018) Program family day D’BES dan D’BANKERS. Bulletin. UiTM Sarawak, Universiti Teknologi MARA.
Abstract

Buat julung kalinya, kedua-dua program Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) UiTM Mukah iaitu BA111 dan BA119 berkolaborasi untuk menganjurkan Program Family Day D’BES dan D’BANKERS. Program tersebut dianjurkan oleh pelajar D’BES Semester 2 pada tahun ini dan ahli EXCO D’BANKERS. Program ini berjaya dijalankan pada tarikh 21 April 2018, di mana program bermula pada pukul 1.30 petang hingga 5.30 petang (sukaneka) dan seterusnya pada pukul 7.30 malam hingga 10.30 malam (makan malam) di Dewan Sri Balau. Seramai 279 orang pelajar menyertai Program Family Day ini. Dengan adanya anjuran aktiviti ini, para pelajar dapat mempertingkatkan lagi keyakinan diri dan pergaulan di kalangan setiap peserta yang mengikuti program tersebut. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan ciri kepimpinan dalam melaksanakan tugas yang di amanahkan kepada mereka. Di samping itu, program ini dianjurkan bagi merapatkan hubungan silaturahim di antara semua pelajar serta pensyarah FPP UiTM Kampus Mukah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124211.pdf]
Text
124211.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics