Galah Tuis mudahkan kerja membalut buah

UiTM, Korporat UiTM (2016) Galah Tuis mudahkan kerja membalut buah. Bulletin. Corporate Communications Department, Shah Alam.
Abstract

Tugas membalut buah pada dahan pokok yang tinggi cukup merumitkan, lebih-lebih lagi membabitkan harumanis selaku mempelam ikon Perlis yang dianggap cukup lokek. Bagaimanapun, kerumitan itu berjaya diatasi pasukan inovasi Aktif Kreatif Akauntabiliti dan Luhur (AKAL) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis melalui produk reka cipta dikenali Galah Tuis. Pengurus Ladang Kanan, Unit Ladang UiTM Perlis, Zulkifli Aswan, berkata Galah Tuis adalah hasil inovasi AKAL bagi menangani masalah dihadapi petugas Unit Ladang yang terpaksa membalut mempelam harumanis di 1,000 batang pokok di kampus terbabit setiap tahun.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124083.pdf]
Text
124083.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics