Dilema wanita bekerjaya: kerjaya vs PdPR

Mohd Said, Nur Shafini and Omar Ali, Siti Rapidah and Abdul Manaf, Suhaily Maizan and Adenan, Nur Dalila and Wan Musa, Wan Mardiana (2021) Dilema wanita bekerjaya: kerjaya vs PdPR. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Situasi Pandemik Covid19 telah menular ke seluruh Malaysia dari penghujung tahun 2019. Namun, ianya masih belum menampakkan tanda-tanda akan berakhir dalam masa terdekat. Antara golongan paling terjejas ekoran situasi pandemik ini ialah kaum wanita yang bekerjaya. Ini kerana kaum wanita bekerjaya amat memainkan peranan penting dalam masa yang sama sebagai ibu, pekerja, surirumah serta guru di kediaman masing-masing. Situasi ini turut menjadikan tekanan kepada wanita bekerjaya memandangkan mereka masih mempunyai anak-anak kecil yang masih bersekolah tadika dan sekolah rendah yang sememangnya memerlukan perhatian dan bimbingan sepenuhnya daripada ibu bapa masing-masing. Situasi seperti ini merupakan sebahagian norma baharu yang harus dilalui oleh mereka sebagai usaha menyokong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam terus membangunkan anak bangsa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 123941.pdf]
Text
123941.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics