Majlis hulurkan salam Aidil Adha 2025

UiTM, Bahagian Hal Ehwal Islam (2025) Majlis hulurkan salam Aidil Adha 2025. Bulletin. Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa, Shah Alam.
Abstract

Pada 19 Jun 2025, Bahagian Hal Ehwal Islam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Bank Rakyat hari ini telah menganjurkan Majlis Hulurkan Salam Aidil Adha 2025 bertempat di Ruang Solat Tambahan, Masjid UiTM Shah Alam. Majlis disambut dengan kehadiran lebih 300 tetamu termasuk warga universiti, pelajar, wakil-wakil jabatan serta komuniti setempat. Program ini bertujuan menyemai semangat pengorbanan dan keprihatinan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, selain memperkukuh hubungan silaturahim antara institusi, pihak korporat dan masyarakat. Majlis diserikan dengan ucapan oleh YBhg. Tuan Haji Khuzaini AB Ghani, Pengarah Wilayah Tengah Bank Rakyat yang menegaskan komitmen Bank Rakyat dalam memperkasakan komuniti melalui program tanggungjawab sosial korporat. Ucapan turut disampaikan oleh YBhg. Profesor Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), UiTM yang menyatakan penghargaan atas kerjasama strategik yang terjalin antara sektor pendidikan dan korporat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 123706.pdf]
Text
123706.pdf
Download (642kB)
Indexing & Metrics