Rahsia alami untuk kelegaan sakit kepala

Umar, Norazah (2025) Rahsia alami untuk kelegaan sakit kepala. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Sakit kepala adalah masalah kesihatan yang dialami hampir oleh setiap individu pada suatu ketika dalam hidup mereka, sama ada disebabkan tekanan, gangguan hormon, keletihan, atau masalah kesihatan lain. Secara umumnya, sakit kepala terbahagi kepada dua kategori utama: 1. Sakit kepala primer seperti migrain, yang tiada punca fizikal yang jelas dan biasanya tidak membahayakan nyawa. 2. Sakit kepala sekunder yang disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius seperti pendarahan otak, ketumbuhan, atau jangkitan. Bagi mengurangkan sakit kepala primer, selain penggunaan ubat-ubatan seperti paracetamol, terdapat beberapa petua yang boleh dicuba secara semula jadi untuk memberikan kelegaan. Berikut adalah beberapa kaedah mudah yang boleh dicuba untuk meredakan sakit kepala.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 123353.pdf]
Text
123353.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics