Karnival integriti dan anti rasuah 2025 pupuk nilai murni dalam kalangan mahasiswa UiTM Mukah

Abu Bakar, Nur Ain and Tari, Mohd Nur Faizal (2025) Karnival integriti dan anti rasuah 2025 pupuk nilai murni dalam kalangan mahasiswa UiTM Mukah. Bulletin. Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Lebih 240 mahasiswa semester 2 dan 3 dari UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah membuktikan komitmen mereka terhadap usaha memerangi rasuah menerusi penganjuran Karnival Integriti dan Anti Rasuah (KIAR) 2025 yang berlangsung dengan penuh semangat di Dewan Sri Balau kampus tersebut. Karnival yang dianjurkan oleh pelajar kursus kokurikulum Integriti dan Anti Rasuah (HGD344) dan Pengurusan Acara (HGK111) dengan kerjasama Unit Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Kampus Mukah ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat integriti, memperluaskan kefahaman tentang kesan rasuah, dan memberikan latihan langsung kepada para pelajar dalam pengurusan majlis dan acara rasmi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 123164.pdf]
Text
123164.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics