Misi akademik jelajah Sarawak: promosi pengajian UiTM di Miri

Anuar, Amira Hazwani and Abu Bakar, Nur Ain (2025) Misi akademik jelajah Sarawak: promosi pengajian UiTM di Miri. Bulletin. Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

UiTM Cawangan Sarawak telah berjaya membawakan Ekspo Pendidikan ‘Selangkah ke UiTM 2025’ (ESKU 2025) ke Miri, bertempat di Bintang Megamall. Program ini diadakan selama tiga hari, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, bertujuan memperkenalkan peluang pengajian di UiTM kepada calon lepasan SPM, STPM, atau setaraf, serta orang ramai yang berminat untuk melanjutkan pelajaran. Misi promosi ini menekankan slogan “Jadikan UiTM Pilihan No. 1” bagi menarik minat calon pelajar memilih UiTM sebagai destinasi utama pendidikan tinggi. Program seumpama ini amat penting bagi UiTM untuk mendekati komuniti di kawasan seperti Miri, yang mungkin menghadapi cabaran dalam memperoleh maklumat lengkap mengenai peluang pendidikan tinggi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 122874.pdf]
Text
122874.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics