Transkrip temubual bersama Puan Zubidah Binti Joha, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 Shah Alam Selangor mengenai pengalaman dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan

Mohamad Tarmizi, Azui Aida and Tuan Mat, Tuan Hailalmizan (2014) Transkrip temubual bersama Puan Zubidah Binti Joha, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 Shah Alam Selangor mengenai pengalaman dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Puan Zubidah Joha mengenai kerjaya beliau dalam bidang pendidikan yang sudah mencecah 30 tahun penglibatan. Temu bual ini telah dijalankan di dalam pejabat guru besar di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam, Selangor pada 23 Mei 2014, bermula jam 1:00 petang hingga 3:00 petang. Beliau merupakan salah seorang guru yang banyak berjasa dan menerima pelbagai anugerah. Transkrip ini menyentuh serba sedikit tentang latar belakang beliau serta pengalaman beliau sepanjang menjadi guru. Selain itu, temu bual ini menumpukan tentang anugerah-anugerah yang pernah beliau terima sepanjang menjadi guru. Beliau juga menceritakan bagaimana beliau berkecimpung dalam bidang pendidikan, memberi pendapat tentang isu-isu guru yang timbul, dan memberikan nasihat kepada bakal graduan yang akan berkecimpung dalam bidang pendidikan. Selain itu, beliau juga memberikan pendapat tentang sistem pendidikan di negara ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 122596.pdf]
Text
122596.pdf
Download (275kB)
Indexing & Metrics