Transkrip wawancara bersama Encik Abu Bakar bin Mohd Isa mengenai pengalaman, latar belakang dan sumbangan yang dilakukan di dalam bidang ketenteraan

Abu Bakar, Ana Shazreen and Mahmood, Ain Nabilah (2014) Transkrip wawancara bersama Encik Abu Bakar bin Mohd Isa mengenai pengalaman, latar belakang dan sumbangan yang dilakukan di dalam bidang ketenteraan. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Pada 12 Jun 2014, satu rakaman wawancara bersama Sarjan Mejar Abu Bakar Bin Mohd Isa telah dilakukan pada jam 12:00 tengah hari, bertempat di kediaman beliau di No. 7725, Jalan Melur, Taman Seri Kelemak, 78000, Alor Gajah, Melaka. Sarjan Mejar Abu Bakar merupakan pesara Pegawai Tentera Darat Malaysia dan telah bersara dari bidang ketenteraan ini selama 22 tahun. Beliau telah memulakan kariernya sebagai tentera dalam bidang ketenteraan ini bermula pada tahun 1967 hingga 1989. Sepanjang perkhidmatan beliau, beliau telah pun berkhidmat pada era 13 Mei, iaitu zaman darurat Malaysia. Selain itu, beliau mempunyai banyak pengalaman menyertai operasi-operasi di dalam negara. Dengan segala usaha dan jasa beliau dalam dunia ketenteraan ini, beliau telah dianugerahkan dua pingat, iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Pingat Jasa Malaysia sepanjang perkhidmatan beliau dalam bidang ketenteraan ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 122446.pdf]
Text
122446.pdf
Download (248kB)
Indexing & Metrics