Tragedi berdarah tanah runtuh 2022: peringatan kepada pengusaha tapak perkhemahan

Othman, Ahmad Marzuki Amiruddin and Mustafa Kamal, Musmailina and Abd Mansor, Nor Hafizah and Othman, Norfizah and Raja Ahmad, Raja Adzrin (2022) Tragedi berdarah tanah runtuh 2022: peringatan kepada pengusaha tapak perkhemahan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Kejadian menyayat hati pada 2 pagi, 16 Disember 2022, bakal dikenang sebagai tragedi berdarah Malaysia apabila bumi bergoncang dan meruntuhkan tanah sebanyak 16,000,000 kaki padu, menimbusi sebuah tapak perkhemahan berhampiran Genting Highlands. Tragedi tersebut memerangkap 92 orang, kebanyakannya terdiri dari pekhemah dari kalangan keluarga, guru dan murid sekolah. 31 orang telah disahkan terkorban. Kejadian ini merupakan kejadian kedua terbesar negara melibatkan jumlah mangsa maut, selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1992 yang mengorbankan 48 nyawa. Runtuhan tanah dari ketinggian 70 meter meliputi kawasan seluas 1.21 ekar. Usaha pencarian mangsa menjadi sukar akibat tanah berlumpur dan aliran air bawah tanah kerana hujan lebat. Aliran air ini menyebabkan kaki cerun bukit menjadi lemah dan tidak stabil.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 122088.pdf]
Text
122088.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics