Pengukuhan perilaku positif pelajar berteraskan amalan 5s

Abdul Razak, Nor Hidayatun and Mustapha, Musramaini (2011) Pengukuhan perilaku positif pelajar berteraskan amalan 5s. COMPASS Compilation of Pahang Scholars’ Synergy: 7. pp. 71-81. ISSN 1985-9937
Abstract

Artikel ini memberi fokus kepada pengukuhan perilaku positif di kalangan pelajar melalui amalan 5S. Ini merujuk kepada masalah vandalisme yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar universiti yang mana ia sepatutnya tidak berlaku di kalangan pelajar-pelajar yang berstatus siswazah. Untuk menangani masalah tersebut, pengukuhan perilaku positif berteraskan amalan 5S di kalangan pelajar perlu dilakukan secara meluas. Ini bersesuaian dengan konsep amalan 5S itu sendiri yang bertujuan untuk mendidik dan membentuk tingkah laku yang positif di kalangan pengamalnya. Pada masa yang sama ia akan mewujudkan persekitaran universiti yang bersih, selesa dan selamat. Untuk menjadikannya lebih berkesan, amalan 5S ini perlu dilakukan secara berperingkat dan berterusan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 122076.PDF]
Text
122076.PDF
Download (2MB)
Indexing & Metrics