Skim pembiayaan sektor pelancongan: suntikan penyelamat untuk Pks industri pelancongan

Mohd Amin, Juyati and Othman, Ahmad Marzuki Amiruddin and Hashim, Filouz and Hashim, Fatimah (2022) Skim pembiayaan sektor pelancongan: suntikan penyelamat untuk Pks industri pelancongan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Dilengkapi pesona keindahan alam semulajadi seperti gua, gunung, sungai, air terjun, desa, hutan, laut serta terumbu karang, Malaysia menawarkan lanskap yang menyeronokkan sebagai pengalaman percutian pelancong. Kepelbagaian budaya dan adat resam turut menyumbang kepada kewujudan makanan dan kepelbagaian adat budaya yang unik dan menarik kunjungan pelancong dengan kerap. Kehadiran pelancong luar negara mencapai bilangan 26.10 juta pada 2019. Ini menjana pendapatan negara sebanyak RM86.10 bilion. Walaubagaimanapun, ancaman COVID-19 yang melanda seluruh dunia menyaksikan bilangan pengunjung merudum dengan begitu ketara, iaitu sebanyak 134,728 pelancong sahaja pada 2021, penurunan sebanyak 96.9%, menghasilkan pendapatan hanya sebanyak RM24 juta!

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 122012.pdf]
Text
122012.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics