Transkrip temubual bersama Encik Haji Abdul Latif bin Mohd Noh dan Puan Hajah Rohani binti Haji Tamrin mengenai sejarah keunikan Desa Temu Jodoh, Chaah Johor, Masjid Desa Temu Jodoh serta Dapur Sihat Desa Temu Jodoh

Ahmad, Nur Atiqah and Ahmad Zamzury, Nur Farhana and Hashim, Nur Hayyu Hanis and Tajuddin, Nur Shawani (2014) Transkrip temubual bersama Encik Haji Abdul Latif bin Mohd Noh dan Puan Hajah Rohani binti Haji Tamrin mengenai sejarah keunikan Desa Temu Jodoh, Chaah Johor, Masjid Desa Temu Jodoh serta Dapur Sihat Desa Temu Jodoh. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Keunikan sejarah Desa Temu Jodoh bermula dari peristiwa perkahwinan beramai-ramai yang melibatkan 24 pasangan peserta Rancangan Tanah Pemuda Sungai Lenek, Chaah, Johor pada tahun 1977. Peristiwa ini menyebabkan kawasan tersebut dinamakan 'Desa Temu Jodoh' oleh YAB Tan Sri Haji Othman Bin Haji Saat, Menteri Besar Johor ketika itu. Seterusnya, transkrip ini turut menceritakan mengenai Masjid Desa Temu Jodoh yang baharu dibina pada tahun 2013, yang didermakan oleh pihak Jakel dan dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim, menjadikannya kebanggaan penduduk Desa Temu Jodoh. Di samping itu, di Desa Temu Jodoh juga terdapat Dapur Sihat yang aktif bertujuan untuk memberi maklumat tentang pemakanan yang sihat serta maklumat kesihatan kepada penduduk Desa Temu Jodoh.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121788.pdf]
Text
121788.pdf
Download (345kB)
Indexing & Metrics