Sarjan Mohammad Bin Abd Rahman mengenai konflik peperangan antara etnik Serbia dan Albania dan pengalaman beliau ketika menyertai misi pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kosovo pada 11 Julai 2000 sehingga 30 November 2001

Mohammad, Nur Nadiah and Bahrol, Ainul Izzah (2015) Sarjan Mohammad Bin Abd Rahman mengenai konflik peperangan antara etnik Serbia dan Albania dan pengalaman beliau ketika menyertai misi pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kosovo pada 11 Julai 2000 sehingga 30 November 2001. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Nur Nadiah Binti Mohammad dan Ainul Izzah Binti Bahrol telah menemubual Sarjan Mohammad Bin Abd Rahman di kediaman beliau di Lot 7059 Taman Lenggong, 73000 Tampin, Negeri Sembilan pada hari Sabtu, 6 Disember 2014. Beliau dilahirkan pada 8 Ogos 1960 dan telah berkecimpung dalam bidang kepolisan selama 30 tahun. Sepanjang penglibatan beliau, pelbagai anugerah telah diterima, terutamanya Pingat Jasa Kebaktian, Anugerah Juara Disiplin Polis, dan anugerah bagi penglibatan beliau dalam satu Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kosovo. Anugerah yang diterima melambangkan kecekapan, kesungguhan, dan kedisiplinan beliau sepanjang bertugas. Beliau turut menceritakan pengalaman beliau semasa menyertai Misi PBB di Kosovo dan pelbagai konflik peperangan yang berlaku di sana, terutama berkenaan peperangan di antara etnik Serbia dan Albania sehingga wilayah Kosovo kucar-kacir dan musnah. Temu bual ini menceritakan kisah konflik peperangan di wilayah Kosovo, bagaimana beliau terlibat dalam Misi PBB, tanggungjawab beliau sebagai polis antarabangsa, bagaimana beliau menjalankan kehidupan, dan menghadapi situasi-situasi genting di negara yang bergolak ini. Semasa menjalankan tugas di sana, beliau juga terlibat dalam mengawal keadaan semasa pilihan raya, demonstrasi, serangan dari pemberontak, serta bagaimana beliau membantu atau memberikan nasihat dari segi menyelesaikan masalah dan cara-cara menangani kes-kes jenayah yang berlaku di sana.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121786.pdf]
Text
121786.pdf
Download (380kB)
Indexing & Metrics