Transkrip wawancara bersama Staf Sarjan Mejar Apot A/K Saad mengenai pengalaman beliau sebagai penjejak di Operasi Bamboo pada tahun 1970

Mat Joha @ Mat Isa, Mohd Rohaizat and Zulkifli, Mohd Faizzul (2014) Transkrip wawancara bersama Staf Sarjan Mejar Apot A/K Saad mengenai pengalaman beliau sebagai penjejak di Operasi Bamboo pada tahun 1970. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Mohd Rohaizat bin Mat Joha (a.k.a. Mat Isa) dan Mohd Izzaizzul bin Zulkifli telah mewawancara wira negara, bekas anggota Komando VAT 69, Encik Apot a.k. Saad, di kediaman beliau di Mambang Diawan, Kampar, Perak Darul Ridzuan pada 7 Disember 2014, pukul 12 tengah hari. Temu bual ini berkisar tentang pengalaman dan keperitan beliau sebagai seorang anggota Komando PDRM dalam menjalankan tugas mempertahankan tanah Melayu daripada ancaman komunis. Beliau merupakan seorang anggota komando yang mahir dan mempunyai kelebihan istimewa dalam menjejaki kesan jejak komunis. Pengalaman dan kepakaran beliau telah banyak memberi impak dan kesan yang amat besar dalam setiap operasi, terutamanya dalam Operasi Bamboo yang turut berlaku di Perak. Sebagai wira negara, beliau telah banyak berkongsi pengalaman suka dan duka, di mana ia sedikit sebanyak memberi banyak iktibar dan menaikkan semangat cinta akan negara. Beliau telah bersara dengan pangkat Mejar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121785.pdf]
Text
121785.pdf
Download (362kB)
Indexing & Metrics