Wawancara bersama Yang Berbahagia Dato' Ahmad Mokhtar Selat mengenai kejadian penculikan oleh gerakan revolusi Tupac Amaru (MRTA) semasa beliau berkhidmat sebagai Duta Malaysia Di Peru

Malek, Nurul Shazwana and Mohd Abduh Ng, Nurul Farhana (2014) Wawancara bersama Yang Berbahagia Dato' Ahmad Mokhtar Selat mengenai kejadian penculikan oleh gerakan revolusi Tupac Amaru (MRTA) semasa beliau berkhidmat sebagai Duta Malaysia Di Peru. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Wawancara ini adalah di antara Nurul Shazwana binti Malek dan Nurul Farhana binti Mohd Abduh Ng dengan Dato' Ahmad Mokhtar Selat, seorang bekas Duta Besar Malaysia di Peru dan Venezuela. Beliau mempunyai Ijazah dari Universiti Malaya dan Sarjana (Master) dari Australian National University. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Pendidikan Sultan Idris, sebelum memulakan kerjaya dalam Kementerian Dalam Negeri. Dari segi hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara luar, beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan. Beliau pernah dipinjamkan ke Sekretariat ASEAN di Jakarta sebagai Timbalan Setiausaha. Beliau juga memegang jawatan sebagai pengarah operasi bagi pemindahan rakyat Malaysia semasa Perang Teluk yang pertama. Dato' Ahmad Mokhtar juga terlibat dalam banyak penerbitan, seperti Tebusan Tupac Amaru, Berita Penerbitan (1997), dan Malaysia China Perhubungan, MA TESIS, ANU (1986). Semasa berkhidmat sebagai Duta Besar di Peru, beliau telah dijadikan tebusan oleh Gerakan Revolusi Tupac Amaru (MRTA). Pengalaman yang tidak mungkin terdapat dari mana-mana buku ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan didokumentasikan untuk dijadikan rujukan bagi generasi akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121781.pdf]
Text
121781.pdf
Download (259kB)
Indexing & Metrics