Transkrip temubual mengenai sejarah kampung dan produk kraftangan Kampung Gelang Chinchin Segamat, Johor

Nur Nadhirah, Mohammad and Nurul Hanis, Kamaruddin and Sharifah Raihanah, Syed Ramli and Wan Nur Munirah, Wan Abd Manan (2014) Transkrip temubual mengenai sejarah kampung dan produk kraftangan Kampung Gelang Chinchin Segamat, Johor. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Wawancara sejarah lisan ini adalah mengenai sejarah dan produk kraftangan Kampung Gelang Chinchin. Wawancara ini telah dikendalikan oleh pelajar semester 5 Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor (iaitu Nur Nadhirah Binti Mohammad, Nurul Hanis Binti Kamarudin, Sharifah Raihanah Binti Syed Ramli dan Wan Nur Munirah Binti Wan Abd Manan) bagi subjek Pendokumentasian Sejarah Lisan (IMR 604) pada 06 Jun 2014, bertempat di Balai Raya Kampung Gelang Chinchin, 85000 Segamat, Johor Darul Takzim. Kampung Gelang Chinchin merupakan salah satu kampung yang tertua di daerah Segamat dan terkenal dengan jolokan "Kampung Raja Buah". Wawancara sejarah lisan ini telah dibahagikan kepada tiga sesi dan melibatkan tiga individu untuk menceritakan tentang sejarah kampung dan produk kraftangan. Sesi pertama melibatkan Encik Ibrahim Bin Ismail yang menceritakan tentang sejarah Kampung Gelang Chinchin. Seterusnya, sesi kedua bersama Encik Ahmad Bin Harun, di mana beliau menceritakan tentang produk kraftangan yang dihasilkan oleh beliau iaitu parang. Manakala, Encik Padzil Bin Ab. Hamid merupakan individu yang terlibat dalam sesi yang ketiga dan beliau juga telah menceritakan tentang produk kraftangan yang dihasilkan oleh beliau iaitu parang. Keseluruhan wawancara sejarah lisan ini telah mengambil masa selama dua jam lebih. Sejarah kampung dan produk kraftangan Kampung Gelang Chinchin iaitu parang memberikan impak yang besar dalam meningkatkan kemajuan serta ekonomi penduduk kampung.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121712.pdf]
Text
121712.pdf
Download (306kB)
Indexing & Metrics