Wawancara bersama Puan Hajah Norlina Binti Haji Alawi pengasas Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM) di atas jasa beliau memartabatkan nasib anak-anak pesakit HIV

Mohd Rasid, Nur Syaidatul Alliyah and Ismail, Fara Suada (2014) Wawancara bersama Puan Hajah Norlina Binti Haji Alawi pengasas Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM) di atas jasa beliau memartabatkan nasib anak-anak pesakit HIV. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Puan Hajah Nortina binti Haji Alawi, Pengasas Persatuan Kebajikan Anak kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM), yang dijalankan pada 21 November 2014 di Lot 482, Jalan Seri Kemuning, Lembah Jaya Selatan, 68000 Ampang, Selangor. Puan Hajah Norlina merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang begitu tabah membela nasib dan masa depan anak kepada pesakit HIV. Transkrip temu bual ini mengandungi maklumat tentang latar belakang beliau dan sejarah awal pembabitan beliau dalam bidang kemanusiaan. Temu bual ini lebih tertumpu kepada penubuhan persatuan PERNIM dan kecekalan beliau dalam membesarkan anak-anak anugerah. Beliau banyak berkongsi tentang pengalaman pahit dan manis dalam menghadapi stigma dan pandangan serong masyarakat terhadap beliau. Beliau juga menyampaikan pesanan dan harapan beliau terhadap generasi muda sekarang agar menyambung legasi beliau sebagai aktivis kemanusiaan yang membela nasib anak-anak anugerah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121660.pdf]
Text
121660.pdf
Download (329kB)
Indexing & Metrics