Transkrip temubual bersama Encik Ahmad Shalaby bin Embong mengenai penglibatan dan pengalaman beliau dalam bidang sukan kayak dan sukan angkat berat pada tahun 1990 - sekarang

Zulkifli, Norashikin and Ab Rahman, Nor Fazlinda (2014) Transkrip temubual bersama Encik Ahmad Shalaby bin Embong mengenai penglibatan dan pengalaman beliau dalam bidang sukan kayak dan sukan angkat berat pada tahun 1990 - sekarang. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Encik Ahmad Shalaby bin Embong mengenai penglibatan dan pengalaman beliau dalam bidang sukan kayak dan sukan angkat berat. Beliau menceburkan diri dalam bidang sukan kayak selama 23 tahun dan sukan angkat berat selama 9 tahun. Transkrip temu bual ini dijalankan di Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 18 April 2014, bermula jam 3:00 petang. Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang sukan kayak dan angkat berat, beliau telah menyertai banyak pertandingan di dalam dan luar negara, di samping menjadi jurulatih kayak. Transkrip ini menyentuh serba sedikit tentang latar belakang, pengalaman, serta pencapaian beliau semasa menjadi atlet sukan kayak dan sukan angkat berat. Wawancara ini dirakamkan mengikuti prosedur yang ditetapkan dengan menggunakan pita rakaman dan dipindahkan ke dalam bentuk transkrip untuk digunakan sebagai rujukan dan penyelidikan untuk masa akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121595.pdf]
Text
121595.pdf
Download (312kB)
Indexing & Metrics