MAMASAB – inspirasi kejayaan usahawan wanita muslim

Abd Jabar, Faizan and Nizam, Rosmah and Shamsudin, Mawarti Ashik and Abd Majid, Azeman and Mohd Zaki, Suhanom (2022) MAMASAB – inspirasi kejayaan usahawan wanita muslim. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Siapa yang tidak kenal empayar perniagaan Mamasab Bakery milik Sabrina Soobri? Beliau mencipta nama setelah berjaya melebarkan empayar Mamasab Bakery ke tahap yang membanggakan. Syarikat persendirian milikan tunggal ini berjaya melakukan transformasi mendadak dalam tempoh lima tahun kepada Mamasab International Sdn Bhd. Sabrina Soobri adalah bekas seorang radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan menggemari kek dan biskut serta berjinak-jinak menjadi “home-baker” dan menjalankan perniagaan dari kediamannya sahaja. Berasal dari keluarga B40 dan berazam melalui hobi dan ketekunannya, Sabrina berjaya melebarkan sayap perniagaan dan membina produknya iaitu kek dan biskut berkualiti premium, kambing perap dan kosmetik, yang kini sebaris dengan jenama popular yang lain. Kejayaan ini dibuktikan melalui rangkaian outlet Mamasab yang dibuka di serata negeri dan lahirnya beribu usahawan dan ejen jualan dalam talian daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat. Malah, ada di kalangan usahawan rangkaian perniagaannya yang bergelar jutawan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 121453.pdf]
Text
121453.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics